Siapa pun calon yang menang, pastikan nasib penduduk di Julau diperjuangkan.

Bekalan air bersih tiada, tenaga elektrik tidak stabil ternyata memberi kesan buat kehidupan penduduk.

Di Rumah Panjang Guntol, rata-rata mereka mengharapkan agar wakil rakyat selepas ini dapat merealisasikan impian yang selama ini belum tercapai.

Manakan tidak, penghuni hanya bergantung kepada sumber air bukit sebagai kegunaan harian selain menadah air hujan.